Download
View via Anyflip


POLA e-Buletin : Policy,Law & Accounting merupakan singkatan kepada gabungan 3 fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Mengikut Dewan Bahasa POLA bermaksud corak atau paten. Mengharapkan agar segala bentuk penulisan dan karya yang dihasilkan dalam e-Buletin POLA mampu mencorakkan pemikiran para pembaca. Peranan penulis sangat penting kepada agama ,bangsa dan negara. Dalam berkarya, penulis perlu mempunyai wawasan,matlamat,keikhlasan dan apa jua perkara yang membawa kebaikan kepada khalayak pembaca.

Buletin POLA Edisi Ke-4, Tahun Ke-4 (Julai 2025)
menampilkan fokus utama kepada tema Revolusi Industri Baru dengan tajuk “Membangun Masa Depan Bersama Kecerdasan Buatan (AI),” selaras dengan penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan 2026-2030, membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran undang-undang terhadap pornografi kanak-kanak ciptaan AI, penggunaan AI dalam mencegah buli siber, peranan AI dalam pendidikan serta perakaunan, selain persoalan etika, penggantian tenaga kerja oleh teknologi, dan kesan sosial AI, di samping mengetengahkan isu-isu semasa seperti ESG, fenomena influencer, pendidikan seksual kanak-kanak, dan transformasi politik Malaysia, dengan harapan memberi gambaran menyeluruh tentang potensi, manfaat serta risiko AI dalam kehidupan seharian sambil terus mengekalkan ruang khas berkaitan UiTM Cawangan Pahang dan perkongsian ilmu yang menjadi tunjang buletin ini sejak terbitan terdahulu.

Penafian:
Segala maklumat dan pandangan yang terkandung dalam Buletin POLA Edisi Ke-4 ini adalah hasil pendapat peribadi penulis artikel dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi penerbit, atau sidang redaksi. Pembaca dinasihatkan mendapatkan nasihat profesional sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan kandungan buletin ini. Pihak penerbit dan universiti tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan maklumat yang disiarkan.


PENAUNG
YBhg. Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim @ Ismail

PENASIHAT
Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman
Prof Madya Dr. Nazirah Ismail
Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh
Mohammad Khair Mohd Seni
Hajah Rosnita Jaafar

PENGERUSI
Profesor Madya Dr. Mohamad Azmi Nias Ahmad @ Nias Hamad

KETUA EDITOR
Izmi Izdiharuddin B Che Jamaludin Mahmud

EDITOR
Muhammad Farihin bin Mohd Noor Azam


Zauraa Vision Enterprise
Copyright © 2022 All product names are trademarks of their respective companies. This websites is not affiliated with or endorsed by any company listed on this site. Thanks to mesrahosting for its service.

Hosted By: MesraHosting.net - http://www.mesrahosting.net. Malaysia Premier Hosting!

Revised: 07/02/25